World Space Week Malaysia 2019 Fun Run

Event Information

Share this event

Date and Time

Location

Location

Planetarium Negara

53 Jalan Perdana

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 50480

Malaysia

View Map

Event description
Sila baca terma dan syarat yang dinyatakan secara teliti sebelum menyertai acara ini.

About this Event

Aturcara program:

  • Kehadiran peserta (terus berkumpul di bawah mall): 6.45 pagi
  • Senamrobik: 7.00 pagi
  • Pelepasan larian: 7.30 pagi
  • Tamat larian (terus ke meja urusetia untuk ambil goodie bag): 9.00 pagi

WORLD SPACE WEEK 3KM FUN RUN 2019

1. WORLD SPACE WEEK 3KM FUN RUN 2019 dianjurkan dan diuruskan sepenuhnya oleh PLANETARIUM NEGARA dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL dan Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S LEE KL.

2. Larian ini adalah bersempena Program World Space Week yang dijalankan di Planetarium Negara pada 4 hingga 10 Oktober 2019.

3. Larian ini bertujuan untuk memastikan rakyat sentiasa sihat, cergas dan proaktif. Oleh itu tidak perlu tergesa-gesa dan nikmati keindahan di trek laluan larian ini dimana ia melalui Muzium PDRM, JAWI, Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung dan Taman Botani.

4. Tiada pemenang akan dipilih sepanjang larian ini.

5. Peserta boleh terus mengunjungi Planetarium Negara dengan percuma selepas larian dan menggunakan tiket tayangan percuma (perlu ke kaunter tiket dahulu).

6. Larian ini akan berlangsung pada 13 Oktober 2019 (Ahad) dan larian akan dilepaskan oleh Pengarah Planetarium Negara tepat jam 7.30am

7. WORLD SPACE WEEK 3KM FUN RUN 2019 adalah terbuka kepada semua peringkat umur tetapi baju hanya diberikan kepada peserta 12 tahun dan keatas sahaja.

8. Penyertaan peserta adalah PERCUMA dan terhad kepada 150 peserta terawal sahaja.

9. Penyertaan perlu daftar online di facebook Planetarium Negara.

10. Berikut saguhati peserta yang akan dapat dengan percuma:

• Baju• Goodie bag• Tiket untuk tayangan percuma di Planetarium Negara.• Badge button Planetarium Negara

11. Baju dan goodie bag dari Planetarium Negara akan diberikan selepas peserta menamatkan pusingan larian. Baju dan goodie bag boleh diperolehi di kaunter urusetia larian.

12. Flag Off Time : 3KM – 7.30 am

13. Cut Off Time : 3KM – 1 JAM (9.00am)

14. Peserta yang menyertai larian tanpa membuat pendaftaran ONLINE tidak akan dilayan

15. Pakaian semasa larian adalah pakaian sukan bebas dan diwajibkan untuk memakai pakaian yang bertemakan ungu(purple). Tidak kisah sama ada baju atau seluar atau kasut atau mana-mana aksesori peserta asalkan berwarna ungu

16. Haiwan peliharaan, basikal, atau apa-apa kenderaan selain kenderaan penganjur tidak dibenarkan untuk peserta gunakan semasa larian.

17. Barangan peribadi peserta adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kehilangan barangn peribadi.

18. Setiap peserta perlu memastikan tahap kesihatan yang baik. Pihak Planetarium negara tidak akan bertanggungjawab jika peserta berdegil ingin menyertai larian dan hadapi masalah kesihatan kritikal semasa larian.

19. Peserta perlu mengikut laluan larian yang telah disediakan dan dilarang untuk menggunakan laluan lain.

20. Jika cuaca tidak mengizinkan masa pelepasan akan dilewatkan.

Date and Time

Location

Planetarium Negara

53 Jalan Perdana

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 50480

Malaysia

View Map

Save This Event

Event Saved