Winter Syria 2016 Charity Dinner
Donation
Winter Syria 2016 Charity Dinner

Event Information

Share this event

Date and Time

Location

Location

PAUM Club House

Jalan Susur Damansara

University Malaysa

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 59100

Malaysia

View Map

Friends Who Are Going
Event description

Description

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah dengan izinNya telah selesai sidang media koalasi antarabangsa ngo Green Project, Massa, Penggerak Malaysia, Road for Peace, Otai Reformasi mewakili ngo2 di Malaysia bagi melancarkan kempen #Winter2016Syria. Turut hadir, sasterawan negara Dato A. Samad Said dan Mr Ronnie Liu.

Kami ingin menjemput lebih ramai ngo2 tanpa mengira latar belakang, fahaman dan status untuk turut bergabung menjayakan kempen ini.. dan mungkin juga untuk gerakerja yang lebih besar di kemudian hari.

Justeru itu, sebuah Majlis Malam Amal Winter Syria 2016 akan diadakan pada 17 Disember 2016 pada jam 8.00 malam bertempat di Rumah Kelab PAUM, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Insha Allah.

Tiket Makan Malam ini hanyalah RM100.00 seorang di mana RM50.00 adalah kos makanan dan dewan manakala RM50.00 lagi adalah sumbangan minima untuk Tabung Winter 2016 Syria ini. Dewan boleh menempatkan sehingga 500 orang penyumbang/tetamu.

Sumbangan tunai untuk Tabung Winter 2016 Syria ini tidak terhad. Anda boleh menyumbang seberapa banyak yang anda ingin berikan. Insha Allah (Dengan Izin Allah swt) kami akan menguruskan amanah anda dengan sebaiknya sehingga sampai kepada saudara kita di Syria.

Kami mengalu - alukan anda untuk turut serta dalam kempen ini. Samada sebagai penganjur bersama ataupun sebagai penderma/penyumbang kepada projek ini. Ahlan wasahlan kepada anda yang ingin membantu bagi menghangatkan saudara kita yang kesejukan di musim sejuk dengan menyumbang sumbangan seperti berikut :-

- Susu bayi
- Baju sejuk baru
- Tuala wanita@pad
- Selimut dan lain-lain

Sumbangan tunai juga boleh diberikan melalui akaun bank pertubuhan-pertubuhan yang berada di dalam gabungan kami ini manakala sumbangan barangan pula boleh diserahkan sebelum atau semasa program makan malam ini dijalankan. Sila hubungi pihak kami untuk tujuan tersebut.

Allah berfirman, “Sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya’’. [Al Quran 5.32]

Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila seorang anak Adam (manusia) itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Kami pohon semua sahabat yang menerima jemputan ini untuk menggerakkan sesuatu berkenaan kempen ini walau sekecil mana pun agar dapat bersama dalam usaha kemanusiaan ini.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Berkhidmat Kerana Tuhan,
MOHD NAZRI SAHAT

Setiausaha Sekretariat Program merangkap
Presiden Penggerak Malaysia
h/p : 0193625658
email : mypenggerak@gmail.com



Share with friends

Date and Time

Location

PAUM Club House

Jalan Susur Damansara

University Malaysa

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 59100

Malaysia

View Map

Save This Event

Event Saved