Free

UNITEN'S UNISTREET 1.0 APPRENTICESHIP BOOTCAMP

Event Information

Share this event

Date and Time

Location

Location

Universiti Tenaga Nasional

Jalan Ikram-Uniten

Kajang, Selangor 43000

Malaysia

View Map

Friends Who Are Going
Event description

Description

UNITEN'S UNISTREET 1.0 APPRENTICESHIP BOOTCAMP

PENGENALAN

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan ekonomi di negara pada masa ini sedang
berada di saat-saat genting. Keadaan ini menyebabkan peniaga-peniaga yang baru
memulakan perniagaan sendiri tidak dapat kekal lama. Kebanyakan peniaga terpaksa
menanggung beban hutang yang tinggi sedangkan perniagaan mereka pula terpaksa
ditutup akibat kerugian. Kebanyakan perniagaan ini diusahakan oleh peniaga yang
mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, namun rata-rata mereka terpaksa
“gulung tikar” dari akibat keadaan ekonomi yang sedang bergolak ini apatah pula
usahawan muda yang tidak mempunyai pengalaman dan ilmu yang meluas dalam
bidang ini.


Program “Unistreet 1.0 Apprenticeship Bootcamp” ini merupakan program susulan
daripada program “Unistreet 1.0” yang merupakan kerjasama antara pihak UNITEN
dan Akademi Usahawan Mikro Sdn Bhd (AUM) bagi membantu mahasiswa dan
mahasiswi untuk mempelajari cara-cara serta strategi yang untuk memulakan
perniagaan dengan mempraktikkan teknik untuk memulakan perniagaan yang
dipelajari oleh mereka menggunakan medium yang betul. Program ini akan
dijalankan selama tiga hari dua malam.


Program Perantisan ini diadakan bagi mempersiapkan diri serta memperkembangkan
ilmu perniagaan para pelajar dan juga kemahiran untuk mengadaptasi kepada
perubahan permintaan pasaran selain kekal hidup dalam tahun pertama penubuhan.
Di samping itu, program ini juga dapat membantu dalam meningkatkan keuntungan
para pelajar di awal penubuhan perniagaan serta memberi mereka peluang untuk
berfikir dengan lebih kreatif dan kritikal.

OBJEKTIF

Program ini dijalankan bertujuan untuk:
a) Memastikan pelajar Uniten dapat mempraktik dan mempelajari cara untuk
memulakan perniagaan sendiri pada usia muda.
b) Mendapat pengalaman berniaga dalam bidang industri dan juga
berpengalaman dalam aliran tunai bisnes untuk meningkatkan peluang agar
terus hidup dan berkembang.
c) Mendorong minat dan motivasi pelajar untuk berniaga dengan menjemput
alumni dan juga tokoh-tokoh usahawan untuk menjalankan bisnes.
d) Memberikan pemahaman mengenai disiplin yang harus ada dan diterapkan
dalam perniagaan.

JANGKAAN OUTCOME

Berpengetahuan untuk memulakan bisnes dari peringkat awal dan tahu selok
belok perniagaan hasil dari perkongsian maklumat dari alumni dan juga tokoh
usahawan.
Berpengetahuan tentang cara berurusan dengan Pembiaya kewangan untuk
memulakan bisnes sendiri berserta cara – cara untuk menjadikan bisnes terus
hidup dalam tempoh permulaan bisnes.
Mampu mengurus bisnes selain mengatur aliran tunai keluar masuk secara tak
langsung meningkatkan peluang bisnes untuk berkembang pesat dari tahun
pertama perniagaan bisnes melalui program yang dijalankan.
Tahu cara-cara untuk menambah bilangan pelanggan secara lebih meluas dan
cepat bermula dari awal perniagaan selain itu mampu untuk adaptasi kepada
perubahan dari segi ekonomi dan sosial dalam perniagaan.

HARAPAN

Bengkel ini diharapkan dapat membantu para siswa dan siswi dalam memulakan
perniagaan dan berada diantara usahawan muda yang berjaya untuk kekal berniaga
dalam tempoh awal penubuhan perniagaan. Di samping itu, kami juga berharap
mereka akan terus bersemangat untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam
program ini untuk kebaikan diri mereka sendiri, perniagaan dan juga memberi
semangat kepada orang lain. Semoga mereka dapat menerapkan dan juga berkongsi
ilmu yang dipelajari untuk meningkatkan perniagaan, seterusnya menjadi salah
sebuah peniaga yang dianggap sebagai peneraju era baru dan ikon dalam industri
perniagaan di negara ini seterusnya mampu melebarkan perniagaan ke peringkat
antarabangsa.


BUTIRAN PROGRAM

TARIKH: 1-3 DISEMBER 2017 (JUMAAT-AHAD)

LOKASI: SEKITAR UNITEN/SRC/KIMAR BATU CAVES

TERBUKA KEPADA 30 PESERTA YANG BERDAFTAR TERAWAL SAHAJA!

JOM DAFTAR SEKARANG!

Share with friends

Date and Time

Location

Universiti Tenaga Nasional

Jalan Ikram-Uniten

Kajang, Selangor 43000

Malaysia

View Map

Save This Event

Event Saved