Free

Seminar Pemikiran Reformis – Siri VII: Ali Shariati

Event Information

Share this event

Date and Time

Location

Location

Royal Selangor Golf Club

Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur 55000

Malaysia

View Map

Friends Who Are Going
Event description

Description

Seminar Pemikiran Reformis – Siri VII

Ali Shariati

Sabtu, 8 April 2017 || 10AM – 5PM

Royal Selangor Golf Club,

Jalan Kelab Golf, Off Jalan Tun Razak

Kuala Lumpur


Ucaptama oleh

Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Al-Ittihaad al-'Aalami li' Ulama'i al-Muslimin

Peluncuran Buku “Agama Lawan Agama” oleh

YB Saari Sungib

Translation of “Religion Vs Religion” by Ali Shariati

Panelis:

Ustaz Dr Mazlee Malik

International Islamic University of Malaysia

Dr Azhar Ibrahim,

National University of Singapore

Moderator:

Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa

Islamic Renaissance Front

Anjuran:

Islamic Renaissance Front



Ali Shariati (1933-1977), adalah intelektual dan reformis yang juga sering digambarkan sebagai Martin Luther dunia Islam. Beliau merupakan sosok pemikir yang ideal yang telah melahirkan idea-idea revolusioner dalam pemikiran moden. Shariati merupakan pencetus penting yang menggerakkan revolusi rakyat menentang regim despotik Shah Reza Pahlavi. Malahan beliau dianggap sebagai arkitek Revolusi Islam Iran.

Pemikir yang ideal yang telah melahirkan idea-idea revolusioner dalam pemikiran moden. Beliau lahir dalam abad yang penting yang menyaksikan kebangkitan gerakan dan kesedaran Islam di seluruh dunia. Cetusan pemikirannya yang rasional dan daya juangnya yang tinggi telah menarik perhatian ramai pemikir dan filasuf Barat, seperti Jean Paul Sartre yang mengungkapkan:

I have no religion, but if I were to choose one, it would be that of Shariati’s

[Aku tidak punya agama, tetapi jika diberiku pilih, adalah pilihanku, agama Shariati]

Sebagai seorang sosiologis Islam, Shariati berusaha merungkai permasalahan umat dengan bersandarkan prinsip dan ideologi Islam yang holistik. Menurut pandangannya, agama sebagai ideologi merupakan: “suatu keyakinan yang dipilih secara sadar untuk menjawab keperluan-keperluan yang timbul dan memecahkan masalah-masalah dalam masyarakat. Ideologi diperlukan, menurut Shariati, untuk mengarahkan suatu masyarakat atau bangsa dalam mencapai cita-cita dan wahana perjuangan. Ideologi dipilih untuk mengubah dan merombak status quo secara fundamental.”

Menurut Shariati, idea yang dilontarkannya tidak difikirkan muktamad, dan harus dilanjutkan dan dikritik, seperti yang dinyatakan dalam bukunya: “Aku tidak pernah percaya bahawa apa yang kukatakan adalah pernyataan akhir tentang subjek itu; tetapi apa yang aku katakan hari ini mungkin akan aku ubah atau sempurnakan esok.”

Dr Ali Shariati berjuang dengan konsisten untuk menanamkan nilai kemanusiaan di kalangan generasi muda. Beliau cuba memperkenalkan semula al-Qur’an dan sejarah Islam kepada para remaja supaya mereka dapat menemui diri mereka yang sebenar dalam seluruh dimensi kemanusiaannya dan melawan semua bentuk kebejatan dan pengaruh sosial yang bobrok.

Terpengaruh dengan pemikiran Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Abul A‘la al-Mawdudi dan Muhammad Iqbal, Shariati cuba merangka ideologi pembaharuan yang radikal dan mencetuskan semangat perubahan dan memangkin kebangkitan massa menentang regim otokratik Shah. Lantaran itu Shariati mengketengahkan konsep yang berbeza daripada vilayat-e-faqih atau kepimpinan ulama’ dan dominasi kumpulan agamawan. Sebaliknya Shariati menempatkan “kaum intelektual yang tercerah” – rausyanfikr - sebagai otoriti di dalam kepimpinan politik.

Shariati yakin bahawa sebarang perubahan hanya akan berlaku apabila ada agen yang dapat melahirkan kesedaran revolusioner. Kesedaran revolusioner itu tidak mungkin terbit daripada massa kerana massa terperangkap dalam rutin harian. Maka harus ada rausyanfikr yang akan menjadi pemangkin bagi kesedaran revolusioner ini. Sesungguhnya kelompok kecil intelektual inilah yang mampu untuk menyedarkan massa akan segala ketidak-adilan dan kezaliman yang ada. Kelompok kecil inilah yang beliau namakan rausyanfikr.

Demikian itulah kelebihan rausyanfikr ini. Dengan kesedaran yang mereka temukan itulah mereka menggerakkan masyarakat untuk bangun menentang para penzalim yang berupa Fir’aun, Bal’am dan Qarun di zaman moden.

Seminar ini bertujuan untuk memugar pemikiran Ali Shariati demi mencetus dan menjelmakan ideanya semula serta mempertingkatkan daya intelek agar kita dapat mempersiapkan diri kita menjadi rausyanfikr di bumi kita ini.

Program:

0930-1000: Pendaftaran dan minum pagi

1000-1005: Ucapan oleh Pengerusi majlis, Shuhaib Ar Rumy Ismail

1005-1015: Bacaan al-Qur’an oleh Thufail Sayuti. Surah Al Ahzab: 21-25

1015-1045: Ucaptama oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

1045-1110: Peluncuran buku “Agama Lawan Agama – Ali Shariati” oleh YB Saari Sungib

1110-1115: Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa

1115-1215: Pembentang I: Ustaz Dr Maszlee Malik

Memahami Dimensi sosio-spiritual Ibadah Haji melalui kacamata Dr Ali Shariati

1215-1300: Perbincangan dan soal jawab

1300-1430: Makan tengahari dan solat

1430-1530: Pembentang II: Dr Azhar Ibrahim

Intelektualisme Profetik: Gagasan Ali Shariati untuk Pembaharuan dan Pembebasan

1530-1700: Perbincangan dan soal jawab

1700: Minum petang dan bersurai

Biografi ringkas pembicara:

Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin adalah ulama yang terkenal lagi disegani. Beliau adalah anggota Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang aktif dan dipilih sebagai Presidennya dari tahun 1999 hingga 2003. Beliau juga memimpin gerakan Islam yang lain yakni Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara [Amanah], parti politik baru yang memperjuangkan politik Islam. Beliau juga adalah anggota Majlis Islam yang berprestij dan termasyhur, Al-Ittihaad al-‘Aalami li’ Ulama’i al-Muslimin - Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, yang diasaskan pada tahun 2004 dan diketuai oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawy.

Ustaz Dr Maszlee Malik adalah graduan sarjana muda daripada Universiti Al-Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana daripada Universiti Malaya. Kedua-duanya di dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Beliau melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham para tahun 2007 dan mendapatkan ijazah kedoktoran di dalam bidang Good Governance pada tahun 2011. Kini bertugas pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semenjak tahun 2000. Beliau juga merupakan ahli Multaqa’ Asatizah dan Du'at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Down Syndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada kelab penyokong kelab bolasepak Manchester City Malaysia.

Dr Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.

Share with friends

Date and Time

Location

Royal Selangor Golf Club

Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur 55000

Malaysia

View Map

Save This Event

Event Saved