Skip Main Navigation
Page Content
This event has ended

Save This Event

Event Saved

Seminar Pemikiran Reformis – Siri II Pendeta Za’ba

Islamic Renaissance Front

Sunday, September 20, 2015 from 10:00 AM to 5:00 PM (Malaysia Time Malaysia (Kuala Lumpur) Time)

Seminar Pemikiran Reformis – Siri II Pendeta Za’ba

Ticket Information

No tickets available.

Share Seminar Pemikiran Reformis – Siri II Pendeta Za’ba

Event Details


Seminar Pemikiran Reformis – Siri II

Pendeta Za’ba

 

Ahad, 20 September 2015

10AM – 5PM

Concorde Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

 

 

Betapa perlunya kita berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dalam menyempurnakan amalan dan pekerjaan sehari-hari”  [Za’ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri]

 

Pemikiran Za’ba (1895-1973) atau Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (1895-1973)tentang falsafah, sejarah, agama, etika, nahu dan sastera cukup signifikan dalam perjuangannya memperbaharui nilai dan kefahaman budaya dan memugar harakat pemikiran dan membela nasib dan maruah bangsa.

Intipati pemikirannya terangkum dalam beberapa aspek penting, mencakup gagasan perubahan dan tajdid, memugar penghayatan agama, memikirkan kedudukan bangsa dan bahasa, dasar sosial dan budaya, dan menangani belenggu taqlid dan pemikiran beku dalam masyarakat.

Za’ba merupakan pemikir Melayu moden yang lantang mengkritik kerapuhan sistem dan pandangan hidup bangsa yang terbelenggu dengan taqlid dan perbezaan mazhab yang keras. Beliau dianggap seorang yang radikal kerana pandangan dan kritikannya yang tajam dalam usahanya menyedarkan orang Melayu. Keupayaannya  dan kesanggupannya merungkai belenggu kepercayaan tradisional yang mengongkong kemajuan orang Melayu dengan kunci agama telah meletakkannya sebagai reformis penting di rantau ini.

Za’ba memperlihatkan dinamisme dan ketangkasan yang dituntut oleh Islam dalam masalah takdir untuk bertambah cekal menghadapi cabaran hidup dan menggilap kekuatan dan keyakinan dan memugar ruh dan semangat perjuangan. Ia menzahirkan percubaannya untuk merobah kerangka fikir ke arah pemikiran yang progresif dan mapan dan memperkukuh iltizam perjuangan dan daya tahan dan keberanian.

Kupasannya diperkuat dengan hujah akliah yang meyakinkan dan diperkukuh dengan tafsiran nas yang muktabar yang mengungkapkan dasar pemikiran menyangkut permasalahan takdir dari rangka falsafah dan syariah yang luas. Semangat pembaharuan yang ditanam dan dicanangkannya ini penting dalam usahanya dalam membawa pembaharuan yang radikal dan positif dan membanteras budaya kolot dan bobrok dan menyingkirkan nilai permisif yang bangkrut dalam masyarakat.

Dan dalam pembicaraannya tentang budaya taqlid yang menjalar dalam masyarakat, disingkapnya sejarah perjuangan kaum muda dan kaum pembaharu dan kecekalan mereka mendobrak benteng taqlid, yang telah mengilhamkan perjuangannya untuk mendepani tentangan yang hebat dalam percubaan merubah pemikiran dan status quo dalam masyarakat. Dari semangat dan kecekalan yang ditunjukkan, beliau merangkul dan melanjutkan aspirasi kaum muda, dalam usahanya meruntuhkan benteng taqlid, dan membela perjuangan ulama faqih seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abduh, Rashid Redha dan Syed Syeikh al-Hadi di nusantara ini.

Seminar ini bertujuan untuk meninjau semula pemikiran dan perjuangan yang digagaskan oleh pemikir reformis, Pendeta Za’ba secara khusus dan agenda reformis sekelian Kaum Muda secara umumnya.

  

Program:

0930-1000:

1000-1005:

1005-1015:

1015-1115:

 

1115-1230:

1230-1430:

1430-1445:

1445-1545:
 

1545-1645:

1645-1700:

1700:

Pendaftaran dan minum pagi

Ucapan oleh Pengerusi majlis, Dr Nur Asyhraff Mohd Noor

Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato' Dr Ahmad Farouk Musa

Pembentang I: Dr Azhar Ibrahim
“Za’ba dan kritiknya terhadap tradisionalisme agama: Suatu sudut pemikiran yang tertinggal”

Perbincangan

Makan tengahari dan solat

Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato' Dr Ahmad Farouk Musa

Pembentang II: Prof  Ahmad Syafii Maarif
“Kaum Muda dan Akal”

Perbincangan dan soal jawab

Rumusan

Minum petang dan bersurai

Have questions about Seminar Pemikiran Reformis – Siri II Pendeta Za’ba? Contact Islamic Renaissance Front

When & Where


Concorde Hotel Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50250
Malaysia

Sunday, September 20, 2015 from 10:00 AM to 5:00 PM (Malaysia Time Malaysia (Kuala Lumpur) Time)


  Add to my calendar

Organizer

Islamic Renaissance Front

IRF echoes the voice of reason and compassion, and is committed to liberating the Muslim mind from rigid orthodoxy and conservatism. IRF is also dedicated to the revival and reform of Islamic thought and appreciation in order to enable the Ummah to confront their present challenges more meaningfully towards the progress and happiness of all.

  Contact the Organizer

Interested in hosting your own event?

Join millions of people on Eventbrite.

Please log in or sign up

In order to purchase these tickets in installments, you'll need an Eventbrite account. Log in or sign up for a free account to continue.