Program Sains Angkasa Cuti Sekolah ke-28

Event Information

Share this event

Date and Time

Location

Location

Planetarium Sultan Iskandar

Tingkat 1, Jalan Taman Budaya

Kuching, Sarawak 93000

Malaysia

View Map

Event description

Description

Pengenalan

Bagi Bumi, objek semulajadi angkasa yang paling dekat dengan Bumi adalah Bulan (bahasa Inggeris The Moon) dan dieja dengan huruf besar. Nama astronominya adalah Luna yang dicedok dari personafikasi tuhan Rom purba.

PSACS kali ini membincangkan peranan sistem Bumi - Bulan dengan lebih mendalam, selain daripada itu ia juga turut membincangkan bulan yang terdapat di planet lain di dalam sistem solar kita seperti bulan-bulan di Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune.

Hashtag: PSACSXXVIII

Sasaran: Pelajar berumur 13-17 tahun dan terhad kepada 150 orang

Fasilitator: Bebas dan lebih kurang 15 orang

Pendaftaran: http://www.planetarium-sarawak.org bermula 12 Mac 2019

Pelajar akan mempelajari perkara yang berikut:

Konsep:

  • Bulan (termasuk bulan di planet lain)
  • Metod saintifik

Kemahiran ingin tahu:

  • Pemerhatian
  • Permodelan
  • Mencatat
  • Penerangan
  • Memberi sebab
  • Meramal

Idea utama:

  • Corak perubahan
  • Model dan simulasi
  • Interaksi

Untuk silibus sila rujuk di Lampiran B

Keperluan:

  • Laptop (paling kurang satu laptop setiap kumpulan - disediakan oleh pelajar)
  • Perisian Stellarium (disediakan oleh penganjur)
  • Tanah hitam kering (segenggam disediakan oleh setiap pelajar)
  • 10 biji batu kecil (bagi setiap kumpulan)
  • Handphone dengan feature slo-mo
  • Kertas graf (disediakan oleh penganjur)
  • Kalkulator saintifik (disediakan oleh pelajar)
  • Set trigonometri (disediakan oleh pelajar)
  • Incandescent bulb (disediakan oleh penganjur)
  • 3 biji bola (disediakan oleh penganjur)
  • Bilik green screen (disediakan oleh penganjur)
  • Facebook/Instagram/Twitter (disediakan oleh setiap pelajar untuk mempromosi aktiviti berkumpulan menggunakan hashtag PSACSXXVIII)

Lampiran B: Silibus

  • Sejarah Bulan di dalam Tamadun Manusia seawal 7000 BC
  • Menghitung jisim Bulan menggunakan data dari revolusi satelit dan formula tarikan Graviti diantara dua objek( F berkadar langsung dengan M1M2
  • Misi ke Bulan oleh Amerika Syarikat, Russia dan China
  • POV sistem BUMI-BULAN dan fasa yang dilihat
  • POV sistem Phobos-Deimos-Marikh dan fasa yang dilihat
  • Model permukaan Bulan seperti Kawah, Mare dan tanah tinggi
  • Nama-nama 4 Bulan utama planet Musytari dan ciri-ciri nya
  • Senarai nama-nama bulan dari Musytari sehingga Neptune
  • Misi Cassini -Huygens di Titan
  • Menggunakan perisian stellarium khusus untuk melihat POV lokasi dari pelbagai lokasi bulan

Date and Time

Location

Planetarium Sultan Iskandar

Tingkat 1, Jalan Taman Budaya

Kuching, Sarawak 93000

Malaysia

View Map

Save This Event

Event Saved