Sales Ended

Mendemah Gusar Mistik Melayu

Event Information

Share this event

Date and Time

Location

Location

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Perpustakaan Raja Tun Uda

Jalan Kelab Golf 13/6

Seksyen 13, Shah Alam, Selangor 40100

Malaysia

View Map

Refund Policy

Refund Policy

No Refunds

Friends Who Are Going
Event description

Description

MENGAPA MENDEMAH GUSAR MISTIK MELAYU?

Sifir pemikiran melayu moden terlihat semakin tidak bersedia untuk berinteraksi seutuhnya dengan khazanah leluhur silamnya. Selain kurang perkakasan ilmu alat untuk memahami, pemikiran apa pun yang tumbuh dari akar akar-akar halus sekularisme, menjadikan ruang legar fikirnya sempit, cenderung sinis, pelik dan bermudah-mudah menolak sesuatu yang di luar kotak prasangkanya. Kalimat bernuansa negatif seperti khurafat, karut dan tahyul adalah manifestasi kekeliruan mereka. Menjadilah khazanah warisan leluhur yang berjasa itu sudah tidak mengalir laju lagi ke muara jiwa anak bangsa. Biarpun darahnya sama merah dalam urat raga zuriatnya namun pertembungan gagasan fikiran pantas meleburkan sebuah keunggulan jatidiri.


Muzakarah ini adalah medan bicara buat menggugah sedar, melurus faham umat memaknai “misteri” khazanah leluhurnya dengan pedoman ilmu dan kefahaman. Selama perspektif prejudis ini tidak dirawat, nyata kita belum bersedia melazati khazanah ilmu, amal, pengalaman dan limpahan hikmat leluhur sendiri. Saat kita mula menyedari betapa, tahuku hanya secuit, tidak tahuku seluas-luas alam. Bahawa Tuhan itu Esa, Berkuasa, Ilmunya Maha luas, Maha Halus, nah, barangkali barulah kita bersedia untuk menekuni realiti sejarah diri Melayu yang tiada terperi.

Share with friends

Date and Time

Location

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Perpustakaan Raja Tun Uda

Jalan Kelab Golf 13/6

Seksyen 13, Shah Alam, Selangor 40100

Malaysia

View Map

Refund Policy

No Refunds

Save This Event

Event Saved