Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 - Siri 3: Ampang, Selangor
by
SITEC
Event Information
Event description
Kuasai Dunia Perdagangan Digital di JELAJAH USAHAWAN DIGITAL SELANGOR 2020 - SIRI 3: AMPANG. MASUK ADALAH PERCUMA. TERHAD KEPADA 150 ORANG!
About this event
JELAJAH USAHAWAN DIGITAL SELANGOR 2020 - SIRI 3: AMPANG
- Dengan bertemakan "KUASAI DUNIA PERDAGANGAN DIGITAL", Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor dan Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC) dengan kerjasama daripada Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) ingin mengajak semua warga-warga penduduk yang berada di sekitar Ampang untuk bersama-sama kuasai dunia perdagangan digital.
- Program khas yang diadakan pada tahun 2020 ini bertujuan untuk memberi khidmat bantuan dan dorongan kepada syarikat tempatan di kawasan Ampang yang ingin memulakan bisnes e-dagang.
- Jadi, tunggu apa lagi? Sertai program khas ini kerana kami bawakan kepada anda pakar-pakar daripada dunia e-dagang untuk berkongsi dengan anda petua dan pengetahuan yang berguna yang boleh anda gunakan dalam bisnes e-dagang anda.
DAFTAR SEKARANG SEBELUM TEMPAT DUDUK PENUH! TERHAD KEPADA 150 ORANG SAHAJA!
KELAS INI PERCUMA. TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN.
---------------------------------------------------------------
MENGENAI PROGRAM JELAJAH USAHAWAN DIGITAL SELANGOR 2020
- Penganjur: Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor, SITEC
- Dengan Kerjasama: Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Google Malaysia, Shopee, Lazada, Boost E-Wallet, AVANA, Ninja Van, BungkusIT, Hijrah Selangor, Youbeli, SELDEC & Halal International Selangor
- Tarikh: 19 September 2020 (Sabtu)
- Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
- Harga tiket: PERCUMA (Terhad kepada 150 orang sahaja)
- Lokasi: Auditorium MPAJ, Tingkat 5, Menara MPAJ
- Alamat: MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, Menara MPAJ Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Selangor 55100 Kuala Lumpur
---------------------------------------------------------------
AGENDA
- 08.00am - Pendaftaran & sarapan pagi
- 09.00am - Pengenalan kepada SITEC
- 09.30am - Topik 1: Cara untuk mula menjual di Lazada oleh Lazada Malaysia
- 10.30am - Topik 2: Mulakan perniagaan e-dagang melalui platform media sosial (FB & IG) oleh AVANA
- 11.15am - Topik 3: Cara untuk mula menjual di Youbeli.com oleh Youbeli
- 11.45am - Topik 4: Mendigitasikan usahawan agro oleh Seldec
- 12.20pm - Topik 5: International Muslim Friendly Affiliated Network (IMFAN) oleh Halal International Selangor
- 01.00pm - Rehat & makan tengahari
- 02.00pm - Topik 6: Memahami pengunaan e-wallet & pembayaran secara atas talian oleh Boost eWallet
- 02.30pm - Topik 7: Kepentingan servis penghantaran untuk perniagaan masa kini oleh BungkusIT
- 03.00pm - Topik 8: Cara untuk mula menjual di Shopee oleh Shopee Malaysia
- 04.15pm - Acara penutup program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 Siri 3: Ampang oleh YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor
* Kelas ini diadakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
* Hanya terhad kepada 150 orang sahaja
---------------------------------------------------------------
OBJEKTIF PROGRAM JELAJAH USAHAWAN DIGITAL SELANGOR 2020
- Mempromosikan e-dagang dan digitalisasi kepada seluruh rakyat yang menetap di Selangor. Terutamanya kepada usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga yang kurang pengetahuan mengenai e-dagang
- Mendidik usahawan-usahawan setempat berkenaan kepentingan e-dagang dalam perniagaan mereka
- Memberikan pendedahan tentang kepentingan e-dagang, e-wallet dan digitalisasi kepada masyarakat setempat
- Mengeratkan hubungan di antara wakil Kerajaan Negeri Selangor, penduduk setempat, usahawan dan pemain industri e-dagang
- Membuka peluang kepada usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga tempatan untuk mengembangkan bisnes
---------------------------------------------------------------
SIAPA YANG PATUT HADIR?
- Usahawan yang belum menceburi bisnes e-dagang
- Usahawan mikro, kecil dan sederhana
- Pengilang dan pembekal
- Pelajar
- Komuniti setempat
---------------------------------------------------------------
PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN
- Laman web: https://www.sitec.com.my/juds2020/
- Emel: ecclass@sitec.com.my
- Tel: 0104419960 - En. Salman, 0175124090 - En. Azwan
---------------------------------------------------------------
MENGENAI SITEC
- SITEC ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015. Kami menganjurkan siri seminar yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis forum dan panel perbincangan serta mengundang beberapa orang usahawan e-dagang yang telah berjaya dan cemerlang untuk berkongsi kisah suka duka & pengalaman mereka dalam dunia e-dagang.