#HariSokan
Event Information
Description
#HariSokan adalah hari mengenang kembali hari sukan di zaman persekolahan. Pelbagai aktiviti sukaneka diadakan untuk warga Twitter. Terbuka untuk semua. Tiada had umur, bangsa mahupon kawasan lepak. Perhimpunan, sesi bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku akan diadakan demi mengenang kembali zaman sekolah. Akan ada empat rumah sukan iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning.
Yuran untuk pendaftaran hanya RM35 sahaja. Dengan mendaftar menjadi peserta anda akan dapat tshirt #HariSokan, breakfast, air dan badge untuk kenang-kenangan. Penyertaan adalah terhad kepada 80 orang sahaja. Untuk pendaftaran emelkan nama, twithandle contact no, dan saiz baju ke harisokan9@gmail.com dengan subjek "Saya nak jadi peserta!".
Baju untuk penyokong juga akan dijual bagi mereka yang berminat. Baju akan dijual dengan harga RM35. Untuk pembelian baju sila emelkan nama, twithandle contact no, dan saiz baju ke harisokan9@gmail.com dengan subjek "Saya nak beli baju #HariSokan!".
Antara aktiviti dan acara yang akan berlangsung adalah isi air dalam botol, bawa ping pong guna sudu, mummy tisu, mempelam gantung dan banyak lagi.
Majulah Sukan untuk Negara!