Skip Main Navigation
Page Content
This event has ended

Save This Event

Event Saved

Book dissection: “Islam, Secularism, and Liberal Democracy” oleh Nader Hashemi (Bhg 2)

Islamic Renaissance Front

Saturday, August 22, 2015 from 5:00 PM to 8:00 PM (Malaysia Time Malaysia (Kuala Lumpur) Time)

Ticket Information

Type End Quantity
Book dissection: “Islam, Secularism, and Liberal Democracy” oleh Nader Hashemi (Bhg 2) Ended Free  

Share Book dissection: “Islam, Secularism, and Liberal Democracy” oleh Nader Hashemi (Bhg 2)

Event Details


Book dissection:

“Islam, Secularism, and Liberal Democracy” oleh Nader Hashemi (Bhg 2)


Sabtu, 22 August 2015

5.00 PM – 7 PM

Graha Pemuda, Sri Hartamas

Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, umat Islam seakan tergapai dalam vakum kekuasaan yang wujud di samping terhimpit dengan krisis dalaman dan global. Kuasa politik berpusat yang selama ratusan tahun menjadi identiti umat Islam telah tiada, lantas membawa kepada kewujudan gerakan-gerakan berorientasikan politik demi mengembalikan orde yang telah hilang itu.

Dalam masa yang sama, putaran roda sejarah juga menyaksikan beberapa pimpinan negara umat Islam yang bersifat autoritarian yang memaksakan sekularisme politik ke atas institusi negara mereka seperti Mustafa Kemal Attaturk dan Jamal Abdul Nasser. Hal ini, ditambah dengan trauma umat terhadap pengalaman kolonialisme, industrialisme mendadak dan siri-siri perang, telah kemudiannya menyebabkan, antara lain, perkataan “sekularisme” itu sendiri diwajahkan sebagai sesuatu yang “jahat”, “anti-Islam”, “anti-agama”, dan sebagainya.

Sebagai sebuah realiti sosiologi, sekularisme, bersama dengan kesedaran terhadap hak individu dan kehendak menuju masyarakat demokratik sesungguhnya telah dan sedang berlaku. Pun begitu, proses ini bukanlah bersifat monolitik, tetapi sentiasa merespon dan berinteraksi dengan keadaan sosiologi masyarakat itu sendiri. Persoalan bagaimana sewajarnya masyarakat Muslim melihat fenomena ini adalah sesuatu yang sentral yang cuba dibahas di dalam buku ini.

Selain itu, penulis juga mencetuskan persoalan akan metode tinjauan terhadap fenomena sekularisasi. Pemikir-pemikir sosial ulung seperti Comte, Weber, Durkheim dan Marx menjangka bahawa agama akan hilang peranannya dalam ruang awam, tetapi perlu juga kita tinjau peranan yang dimaksudkan itu mencakupi aspek apa, dan adakah rupa luaran dan simbol agama sahaja yang dikira dalam penilaian kita.

Buku ini bermula dengan membawa tinjauan ringkas terhadap keadaan semasa masyarakat Muslim yang mencambahkan Islamisme sebagai gerakan dengan projek politik dan cuba merasionalkan situasi ini. Kemudian, Hashemi meninjau pula sejarah justifikasi agama dalam politik-kekuasaan di Barat, dan cuba menganjurkan jalan agar masyarakat Muslim juga mampu membina tradisi demokratik daripada khazanah sendiri. Akhir sekali, penulis mencadangkan metodologi “twin tolerations” yang dibahas Alfred Stepan bagi menimbang tara hubungan antara agama dan institusi politik, dan menilai ruang yang sesuai bagi peranan kedua-dua elemen tersebut.

Buku ini sewajarnya menjadi bacaan penting bagi umat Islam kontemporari, terutamanya yang cakna terhadap gerakan politik bernuansakan Islam. 

Bahagian kedua sesi bedah buku ini akan meninjau secara khusus bab pertama, iaitu tinjauan Hashemi terhadap daya-daya yang telah membenihkan gerakan-gerakan radikal dalam kalangan Islamis. Bagi melakukan hal tersebut, beliau cuba membandingkan sejarah perkembangan gerakan agama Kristian di Eropah dengan gerakan Islam di Timur Tengah. Dengan menggunapakai disiplin sosiologi, sejarah, serta teori politik, Hashemi berusaha menggambarkan kepada kita bahawa perkembangan sejarah ini muncul dalam konteks kemasyarakatan tertentu yang wajib difahami untuk menggarap permasalahan sebenar yang sedang melanda umat ini.

 

Program:

1700-1710: Ucapan Pengerusi majlis, Shuhaib Ar Rumy

1710-1830: Pembentangan bedah buku oleh Hazman Baharom

1830-1930: Perbincangan dan soal jawab

1930-2015: Solat Maghrib dan makan malam

2015-2145: Usrah: The Message of the Qur’an: Al-Fajr, Al-Ghashiyah, Al-‘A’la

2145-2200: Solat Isya’

2200: Bersurai


Have questions about Book dissection: “Islam, Secularism, and Liberal Democracy” oleh Nader Hashemi (Bhg 2)? Contact Islamic Renaissance Front

When & Where


Kondominium Puncak Prima
Jalan Sri Hartamas 17
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Federal Territory 50480
Malaysia

Saturday, August 22, 2015 from 5:00 PM to 8:00 PM (Malaysia Time Malaysia (Kuala Lumpur) Time)


  Add to my calendar

Organizer

Islamic Renaissance Front

IRF echoes the voice of reason and compassion, and is committed to liberating the Muslim mind from rigid orthodoxy and conservatism. IRF is also dedicated to the revival and reform of Islamic thought and appreciation in order to enable the Ummah to confront their present challenges more meaningfully towards the progress and happiness of all.

  Contact the Organizer

Interested in hosting your own event?

Join millions of people on Eventbrite.

Please log in or sign up

In order to purchase these tickets in installments, you'll need an Eventbrite account. Log in or sign up for a free account to continue.