Free

Bedah Buku “Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan”

Event Information

Share this event

Date and Time

Location

Location

Graha Pemuda

puncak prima condominium

seri hartamas, kuala lumpur

Malaysia

View Map

Event description
Anjuran: Islamic Renaissance Front

About this Event

Bedah Buku : “Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan” oleh Shaykh Abdul Rahman al-Kawakibi Bersama Ustaz Marwan Bukhari

Tarikh: Jumaat 15hb November 2019

Waktu: 7PM – 10PM

Tempat: Graha Pemuda, Sri Hartamas, Kuala Lumpur

‘Sudah jelas buat diriku bahawa punca penyakit (kelesuan umat Islam) ini ialah kediktatoran politik dan penawarnya yang utama ialah menolak kediktatoran politik dengan ‘syura bepelembagaan.’ [Abdul Rahman al Kawakibi, Tabai’ al-Istibdad]

Abd al-Rahmān Ahmad al-Kawākibī (1855-1902) adalah seorang pejuang pembebasan kelahiran Aleppo yang penting dalam riwayat perjuangan dan pergerakan nahdah pada akhir kurun ke-19, dan merupakan salah seorang pemikir reformis Islam yang paling berpengaruh di timur Mediteranean. Pemikiran beliau banyak terinspirasi dengan tokoh-tokoh reformis sezaman dengannya, seperti Jamlāl-ad-Dīn al-Afghāni (w. 1897) dan Muhammad Abduh (w. 1905) sehinggakan banyak daripada karya-karyanya mengangkat aspirasi pan-islamisme yang cukup berpengaruh ketika itu. Semangat perjuangannya dalam membela kaum tertindas dan menyingkirkan ketidakadilan juga terserlah dalam dua karya agungnya iaitu Umm al-Qura dan Tabai’ al-Istibdad sehinggakan beliau dijuluk sebagai Abū al-Du‘afā’, “bapanya kaum yang tertindas”.

Sesi pembentangan buku kali ini akan membincangkan dengan tuntas karya beliau yang berjudul ‘Tabā’i‘ al-istibdād wa masāri‘ al-isti‘bād (Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan) yang kini sudah selesai diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Marwan Bukhari. Buku ini, bergandingan dengan Umm al-Qura, dilihat sebagai sebuah manifesto melawan segala bentuk tirani yang jelas bertentangan dengan idealisme Nabi Muhammad. Al-Kawakibi melewati sejarah panjang tamadun Islam dan menyimpulkan dengan yakin bahawa barah yang mencetuskan krisis umat Islam hari ini ialah perihal kediktatoran politik. Kediktaktoran ini menyebabkan umat Islam menjadi lesu, tidak proaktif, malah sentiasa dibayangi dengan ketakutan dan trauma yang mengesankan, sehinggakan Al-Kawakibi mengungkapkan “Kediktatoran adalah bencana yang paling besar kerana ia bersambung dengan huru-hara”.

Program :

700-800PM: Solat dan makan malam

800-810PM: Pengenalan oleh Pengerusi, Ustaz Mohd Rashidi Nasharuddin

810-900PM: Bedah buku oleh Marwan Bukhari

900-1000PM: Diskusi

Tentang Penulis :

Ustaz Marwan Bukhari Abdul Hamid adalah graduan Darul Quran Jakim dan Universiti Yarmouk dalam bidang al-Fiqh wa Usuluh. Beliau telah menterjemah banyak kitab-kitab termasuklah “Maqasid as-Solah: Hikmah dan Tujuan Pensyariatan Solat” dan “Makna Iman dan Islam: Antara Persamaan dan Perbezaan” karangan Imam al-‘Izz ibn ‘Abd al-Salam, “Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan” karangan Shaykh Abdul Rahman al-Kawakibi, “Prinsip dan Kaedah Universal Dalam Shar’iah: Sebuah Perbahasan Dalam Ilmu Maqasid Al-Shar’iah” karya Sheikh Ahmad Al-Raisuni, “Panduan Pemula Maqasid Al-Shari’ah”, “Memahami Hubungan antara Shari’ah dan Politik”, dan “Mudahnya Maqasid Syari’ah”.

Share with friends

Date and Time

Location

Graha Pemuda

puncak prima condominium

seri hartamas, kuala lumpur

Malaysia

View Map

Save This Event

Event Saved