Skip Main Navigation
Page Content
This event has ended

Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan

Ticket Information

Ticket Type Price Fee Quantity
GIN Public Seminar MYR990.00 MYR28.75

Share Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan

Event Details


Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan

“Meningkatkan kemahiran penyeliaan anda untuk menghadapi cabaran masa depan”
Disampaikan oleh Sunita Devi

Tempat & Tarikh
3rd - 4th Feb 2010,The Legend Hotel,Kuala Lumpur
24th - 25th May 2010,The Legend Hotel,Kuala Lumpur

Salam Sejahtera,

Penyelia anda pada masa kini merupakan pemimpin di masa hadapan. Pengurusan penyelia merupakan satu-satunya cara untuk membina kumpulan yang unggul dalam memahami dan memenuhi keperluan klien anda, meningkatkan produktiviti dalaman dan hubungan dalaman, serta membantu organisasi mencapai objektifnya.

Penyelia merupakan penghubung yang amat penting di antara bahagian pengurusan dan pelanggan. Oleh yang demikian, penyelia anda perlu dilengkapi dengan kemahiran yang setimpal supaya mereka dapat menghadapi cabaran-cabaran pada masa depan, sentiasa meningkatkan prestasinya supaya sejajar dengan misi organisasi, dan mendemonstrasikan pemahaman yang menyeluruh terhadap kehendak pelanggan. Peningkatan kemahiran dan minda penyelia anda akan secara langsung membina pekerja yang mahir dan matang di tempat kerja.

PENYELIAAN! Itulah yang harus dimiliki oleh seseorang penyelia untuk menghadapi perubahan cabaran pada masa depan.

Tentang apakah kursus ini?

Program ini memberi pemahaman yang menyeluruh mengenai fungsi pekerjaan dan cara-cara yang berkesan dalam menjalani tugas harian anda. Program ini merupakan kombinasi sesi interaksi dan praktikal yang membolehkan anda mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dengan sepenuhnya.

4 Modul Yang Penting Anda Akan Pelajari Dalam Kursus ini

Modul 1: Tugas Penyelia Moden - Melakukan Perubahan

  • Mengenali Diri sebagai Penyelia
  • Erti penyelia dan penyeliaan
  • Peranan penyelia
  • Kajian kes #1 : Analisis peranan seorang penyelia
  • Kepenyeliaan dan kepimpinan

Modul 2: Penyelia dan Penyeliaan yang Berkesan

  • Sifat-sifat penyelia yang berkesan dan yang tidak berkesan
  • Analisis sifat-sifat dan kualiti diri penyelia yang berkesan
  • Membentuk sifat-sifat penyelia yang berkesan
  • Workshop #1

Modul 3: Gaya dan Prinsip Kepimpinan Penyelia

  • Teknik merancang dan mengurus kumpulan
  • Kajian kes # 3 : Penyelia dalam situasi yang berbeza

Modul 4: Kemahiran-Kemahiran Penyeliaan

  • Komunikasi berkesan dan hubungan kemanusiaan
    • Profail Komunikasi
    • Peningkatan Skil Komunikasi
    • Applikasi Matriks Komunikasi
    • Workshop # 2
  • Teknik Delegasi
    • Merancang
    • Teknik Delegasi Berkesan
    • Delegasi dengan Masa Luput /Deadlines
    • Workshop # 3
  • Motivasi dan latihan kepada pekerja
    • Teknik Motivasi Kumpulan yang berkesan
    • Mengatasi Konflik
    • Penghargaan dan Pengiktirafan
    • Workshop # 4
  • Kepimpinan Berkesan
    • Jenis-jenis stail Kepimpinan
    • Mengatasi Masalah dengan berkesan
    • Membimbing dan Kaunseling - 'Mentor-Mentee'
    • Workshop 5
  • Penggunaan Masa secara efektif
    • Tugas Utama dan Penting
    • Pembahagian Keutamaan
    • Penculik Masa
    • Workshop # 6
  • Penyelesaian Masalah Berkesan secara berkumpulan
    • Membina pasukan kerja
    • 5 Step untuk mengatasi masalah
    • Menjauhi Masalah
    • Workshop # 7

Kenapa anda harus menyertai kursus ini?

Anda akan mempelajari kemahiran penting yang akan membolehkan anda berjaya dalam kerjaya anda

  1. Memahami fungsi penyelia sebagai seorang pemimpin
  2. Kebolehan menggunakan kemahiran komunikasi, motivasi dan delegasi
  3. Memahami dan mengatasi masalah secara efektif
  4. Menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan pekerja-pekerja yang berlainan
  5. Membentuk kebolehan penyelia memotivasikan pekerja dalam mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan mereka

Penceramah

Sunita Devi dikenali sebagai pakar oleh klien beliau kerana sumbangannya dalam peningkatan produktiviti dan kemahiran berkomunikasi di tempat kerja mereka. Beliau dapat menguasai cara perhubungan di khalayak orang ramai dan memahami tahap pengetahuan dan kemahiran sehingga berjaya menilai dan mencapai daya saing dan prestasi peribadi.

Beliau adalah Pengajar Bertauliah untuk HRDC (Human Resource Development Corporation) di bawah Program "Train the Trainer". Beliau telah membangun dan melancarkan modul Program Pembangunan Eksekutif dalam Bahasa Inggeris untuk HRDC.

Persekitaran tempat kerja yang merangkumi pelbagai budaya merupakan fenomena yang lazim. Komunikasi melalui Bahasa Inggeris dalam perniagaan merupakan cabaran utama yang sering dihadapi oleh orang ramai. Sunita mempunyai cara tersendirinya dalam menandatangani kepelbagaian budaya ini. Sebagai Penterjemah Bertauliah di Institut Terjemahan Negara Malaysia, beliau telah bekerja dengan diplomat dari Kedutaan Besar Kuwait, Korea, India Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Filipina.

Sumbangan Sunita di dalam mahupun di luar negara membolehkan beliau menguasai tren komunikasi yang berlaku di dalam sesebuah organisasi dan seterusnya menerap dan menyuntik terminologi industri yang spesifik kepada mereka. Oleh itu beliau sering menjadi pilihan utama organisasi kerana kebolehan beliau dalam memenuhi kehendak para peserta dalam penyampaian kuliahnya.

Sunita merupakan seorang profesional yang menciptakan hitungan detik dan membawa kejayaan yang berpanjangan kepada sesebuah organisasi supaya berdiri tetap di masa hadapan. Sunita diberi penghargaan untuk kontrak tahunan DEVCOM TRENDS beliau. Sumbangan konsisten beliau dalam mengukuhkan strategi perniagaan dan prestasi pekerja amat dihargai. Beliau juga memberi petunjuk kepada pemimpin Jabatan Sumber Manusia / Latihan bahawa objektif pembelajaran hanya dapat dicapai dengan aplikasi alatan terkini dan modul pembelajaran ke dalam secara praktikal.

Siapa yang patut hadir

Pengurus pengeluaran, Eksekutif, Jurutera, Penyelia, Ketua Kumpulan, dan mereka yang ingin meningkatkan produktiviti dan keberkesanan di tempat kerja.

Saiz Kursus

Pendaftaran hanya dihadkan kepada 25 orang. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami atau memuat turun borang pendaftaran di sini dan fax kepada kami di +6 03 40235716.

Pembiayaan HRDF

Kursus ini adalah HRDF di bawah HRDF Skim SBL. Sila merujuk kepada bahagian pengurusan sumber manusia anda untuk kepastian.

Bayaran Kursus $$

RM 990.00 setiap peserta. Bayaran ini termasuk semua alatan dan bahan pembelajaran. Makan tengah hari disediakan.

Pendaftaran Awal!!

Daftarlah secepat mungkin untuk menikmati potongan sebanyak 5%. Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk borang pendaftaran di sini.

Pendaftaran Berkumpulan!!!

Sekiranya anda mendaftar 3 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 5%, dan sekiranya kumpulan anda ialah 5 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 7% dan 10% potongan akan diberikan sekiranya anda mendaftar seramai 8 orang atau lebih. Oleh itu, daftarlah bersama-sama kawan atau rakan sekerja bersama anda.

Jaminan 100%

Kami memahami sebahagian dari anda tidak mengetahui kami. Oleh yang demikian kami memberi jaminan kepuasan 100%. Sekiranya anda merasai apa yang anda perolehi tidak memadai dengan jumlah yang anda bayar, kami akan memberi jaminan 100% wang kembali tanpa sebarang persoalan.

Sekiranya anda berminat, anda bolehlah mendaftar dan memuat turun risalah di sini, dan fax borang pendaftaran kepada kami di ++6 03 40235716. Dan Sekiranya anda mempunyai kawan atau rakan sekerja yang ingin meningkatkan lagi kebolehan penyeliaan mereka, silalah hantarkan maklumat ini kepada mereka.

Yang Benar,
PQMSeminar.com
Tel: ++6 03 40216000
Fax: ++6 03 40235716
Email: pqms@pqmseminar.com

Back to HOME

Brand

GIN
BIZFinanceSeminar is a prestigious brand of Global Intelligence Network

Subscription

Subscribe to Newsletter

Why GIN Workshop?

HRDF Claimable
HRDF Claimable

100% Satisfacton Guaranteed
Satisfaction Guaranteed

EXPERIENCED Trainers

TOP CLASS
Learning Venue

PROFESSIONAL Customer Service

Have questions about Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan? Contact the organizer

Please log in or sign up

In order to purchase these tickets in installments, you'll need an Eventbrite account. Log in or sign up for a free account to continue.