This event has ended
GMBO-BizCS Finale KIcK Kedah 2013

Sila pilih tarikh & masa yang sesuai, kuantiti tiket di bawah, dah hantarkan maklumat perhubungan untuk makluman tempat acara

BERITA BAIK: 100 peserta dari kalangan usahawan mikro Bumiputera akan dibiayai sepenuhnya oleh myNEF (Yayasan Usahawan Baru) untuk yuran bengkel bernilai RM200. Masukkan kod "myNEF" untuk diskaun 100% - Bagaimanapun, deposit komitmen berjumlah RM50 setiap peserta diwajibkan untuk mengesahkan tempat bengkel - akan dipulangkan kepada peserta yang berjaya menyiapkan serta menerbitkan laman web perniagaan masing-masing selewat-lewatnya 30 APRIL 2013.

GMBO-SKMM sempena KIcK-myNEF @ Koridor Utara 2013

BizCS for myNEF - Yayasan Usahawan Baru

Multiple Dates

Alor Setar, Malaysia

GMBO-SKMM sempena KIcK-myNEF @ Koridor Utara 2013

Ticket Information

* Please Select a Date
Ticket Type Sales End Price Fee Quantity
Bengkel 'Hands-On' GMBO BizMalaysia
Yuran adalah termasuk caj pendaftaran nama domain .com.my baharu. Tempat hanya akan disahkan selepas deposit komitmen RM50 diterima - bank in ke Maybank # 557081051729 (Biz Consultancy and Services). Untuk usahawan mikro Bumiputera, masukkan kod promosi "myNEF" untuk diskaun 100% yuran bengkel - terhad kepada 100 peserta sahaja.
3 hours before event starts MYR200.00 MYR0.00

Who's Going

Loading your connections...

Share GMBO-SKMM sempena KIcK-myNEF @ Koridor Utara 2013

Event Details

Sebuah kempen GMBO (“Get Malaysian Business Online”) BizMalaysia dianjurkan oleh myNEF (Yayasan Usahawan Baru) dengan kerjasama NEF (Persatuan Usahawan & Industri ICT Bumiputera Malaysia) serta beberapa koperasi dan NGO perniagaan untuk memberi maklumat yang jelas, dan terus kepada tak kurang 5,000 usahawan mikro (<1% daripada dianggarkan tak kurang 500,000 pengusaha perniagaan milikan Bumiputera terbabit di seluruh Koridor Utara (negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak). Untuk memenuhi salah satu prasyarat permohonan geran GMBO yakni penyediaan laman web aktif untuk setiap usahawan terbabit, sebuah siri bengkel ‘hands-on’ sehari dianjurkan untuk tak kurang 1,000 usahawan yang memerlukan bantuan pembinaan laman web sendiri, dan akan dikendalikan oleh jurulatih dari kalangan pendidik ICT dan pemasar online berpengalaman.

 

TEMPAT TAKLIMAT/HEBAHAN UTAMA GMBO di Koridor Utara oleh myNEF (TIDAK TERMASUK melalui emel/SMS):


BIL HARI & TARIKH TEMPAT BILANGAN PESERTA MINIMUM
  1  Selasa, 8 JAN Pejabat PPPMPP (Persatuan Peniaga-peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang), Teluk Kumbar  100
  2  Jumaat-Ahad, 18-20 JAN Ruang Niaga KUMUDA & Bilik Taklimat PIHEC, SPICE Arena, Bukit Jambul 150
  3  Isnin, 21 JAN Hotel Vistana, Bukit Jambul (Taklimat Singgah Hebah MKM Cawangan Utara) 150
  4  Selasa, 22 JAN Hotel Pearl View, Prai
 (Taklimat Singgah Hebah MKM Cawangan Utara)
200
  5  Rabu, 23 JAN PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), Butterworth 250
  6  Khamis, 24 JAN Hotel Amanpura, Sungai Petani (Komuniti Farmasi Kedah) 50
  7  Isnin, 28 JAN UiTM Balik Pulau, PP 100
  8  Sabtu, 3 FEB UiTM Permatang Pauh, PP 150
  9  Isnin-Jumaat, 4-22 FEB PID Balik Pulau, PP 100
 10  Sabtu, 23 FEB Hotel Eastin, Bayan Lepas 1,000 (KIcK + Sinar Harian)
 11  Khamis, 28 FEB RTC Gopeng, Perak 300+
 12  Ahad, 3 MAC Kangar (Jelajah Janji Ditepati), Perlis
500+
 13  Rabu, 6 MAC PPK Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak 100
 14  Sabtu, 9 MAC SMK Batu Maung, PP 50 (Karnival Koperasi ParlimenBayan Baru)
 15  Khamis, 21 MAC UUM Sintok, Kedah 500 (Briefing + Sinar Harian)
 16  Jumaat, 22 MAC USM Minden & SMK Pondok Upeh, PP 500 (Karnival myKawan & myKoop Parlimen Balik Pulau + Sinar Harian)
 17  Sabtu, 23 MAC Sains@USM, Bukit Jambul, PP (MBA-U & M.u.a.H. bersama CBER & KUMUDA) 250
 18  Khamis, 28 MAC Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah (bersama MARA & Amanah Ikhtiar Malaysia) 100
 19  Jumaat-Ahad, 5-7 APR Kolej Komuniti Bayan Baru, PP 150
 20  Selasa, 9 APR Hotel Swiss-Inn Sungai Petani, Kedah (Program Usahawan Siswasah USM-INSKEN) 30
 21  Khamis, 14 APR Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Utara, Alor Setar (berseberangan jalan dari Kompleks Pekan Rabu) 50
 22  Rabu, 24 APR PKNK, Alor Setar 100+
 23  Jumaat, 26 APR Kolej Komuniti Langkawi 100+
JUMLAH 5,000+ orang

 

TEMPAT BENGKEL UTAMA:

 

BIL HARI & TARIKH TEMPAT BILANGAN PESERTA MINIMUM
  1  Jumaat-Ahad, 18-20 JAN Ruang Niaga KUMUDA & Bilik Taklimat PIHEC, SPICE Arena, Bukit Jambul, PP 50
  2  Isnin, 28 JAN UiTM Balik Pulau, PP 100
  3  Ahad, 3 FEB UiTM Permatang Pauh, PP 150
  4  Isnin-Jumaat, 4 FEB - 22 FEB PID Balik Pulau, PP & PID Tasek Gelugor, SPU 50
  5  Isnin-Jumaat, 7 MAC-25 APR PID (9), miniRTC (34+) dan Pi1M (20+) di Perlis, Kedah dan utara Perak (Bagan Serai, Kuala Kurau & Selama) 100
  6  Khamis, 21 MAC UUM Sintok, Kedah 20
  7  Selasa, 2 APR Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah 60
  8  Khamis & Jumaat, 4 & 14 APR Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis 20
  9  Jumaat-Ahad, 5-7 APR Kolej Komuniti Bayan Baru, PP (termasuk peserta dari Kedah dan utara Perak) 150
10 Sabtu, 20 APR Rockacyber, Mergong (Alor Setar) & mini RTC (dahulunya MID), Kg Bujang-Merbok (Sungai Petani), Kedah 80
11 Rabu, 24 APR PKNK (Perbadangan Kemajuan Negeri Kedah), Alor Setar 60
12 Jumaat, 26 APR Kolej Komuniti Langkawi, Kedah 60
13 Ahad, 28 APR Kolej Komuniti Arau, Perlis (termasuk peserta dari Kedah) 120
JUMLAH 1,000+ usahawan

 

Hubungi BizCS (rujuk bahagian HOS atau di http://BizMalaysia.com) untuk keterangan lanjut atau pendaftaran.  Untuk pendaftaran peserta di Pulau Pinang: http://gmbopp.eventbrite.com

 

DAFTAR HARI INI UNTUK TEMPAT ANDA!

 

Hasil web peserta Bengkel GMBO BizMalaysia yang berjaya diterbitkan -Lebih 200 buah laman setakat 31 MAC 2013 (klik untuk lihat):-

 

 

Melayu jangan takut IT !

Sebuah program prelud kepada:-

 


KIcK di Pulau Pinang (23 FEB 2013):

 

KIcK di Perak (28 FEB 2013):

 

KIcK di Kedah (MAC-APRIL 2013):

 

 

//

 

 

OBJEKTIF Kempen GMBO BizMalaysia-myNEF:

  1. Memberi makluman secara taklimat tentang peluang geran berjumlah RM1,000 daripada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kepada 50,000 usahawan mikro.

  2. Memperkenalkan myNEF (Yayasan Usahawan Baru) serta inisiatif-inisiatif PUsh (Pemangkin Usahawan) yang dilancarkan pada NOVEMBER 2012 kepada warga masyarakat terutamanya dari kalangan usahawan.

  3. Menggalakkan penyertaan yang lebih impak oleh usahawan Bumiputera dari luar Lembah Kelang dalam program-program pembangunan perniagaan oleh elemen-elemen kerajaan dan bukan kerajaan seperti MITI, MSC Malaysia, Koridor Utara, Cradle, myNEF dan sebagainya.

 

Taklimat & Bengkel 'GMBO' sebelum ini:-


Kuliah lewat malam tentang pemasaran Web selepas saja selesai urusan meniaga di pasar malam...


TELUK KUMBAR, Selasa, 8 JAN 2013 - Hampir seratus peniaga pasar malam, ramai daripadanya baru selesai urusan perniagaan di pasar malam di lokasi hadir mendengar taklimat GMBO di pejabat Persatuan Peniaga-peniaga Melayu Negeri Pulau Pinang. Turut hadir adalah Yang Dipertua, TYDP, NYDP, Setiausaha dan ramai lagi ahli-ahli tawatankuasa persatuan terbabit.

Usahawan Melayu Pulau Pinang Semangat Berkobar-kobar Nak Online...

Taklimat di PERDA, Butterworth

BUTTERWORTH, Sabtu, 23 JAN 2013 - Lebih 250 usahawan mikro dari seluruh negeri Pulau Pinang (dan juga Kedah) mendengar taklimat program GMBO BizMalaysia bersama SKMM, myNEF, KUMUDA dan PPPMPP di Dewan Seminar PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, ICU-JPM). Turut hadir adalah Pn. Nitra Sari mewakili Yayasan Usahawan Baru yang menyumbangkan 'goodies' untuk setiap peserta taklimat. Ucapan aluan disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar PERDA selaku hos bersama program.

Usahawan Kampung & Pasar Malam Pun Boleh Belajar di Universiti!

Bengkel GMBO BizMalaysia-myNEF di UiTM Balik Pulau

BALIK PULAU, Isnin, 28 JAN 2013 - Sebahagian daripada lebih 100 usahawan mikro termasuk tak kurang 40 peniaga-peniaga Melayu pasar malam dari sekitar daerah Barat Daya Pulau Pinang menyertai bengkel berkomputer GMBO BizMalaysia anjuran myNEF di Kampus UiTM, Balik Pulau - bersebelahan pejabat sekretariat penganjur bersama KUMUDA Bhd. Majlis penutup disempurnakan oleh YB Tn. Sr. Hj Muhamad Farid Saad, ADUN Pulau Betong merangkap Pengerusi Focus Group Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang. YB Farid adalah juga Pencetus penubuhan KUMUDA. Pn. Nitra Sari dari Yayasan Usahawan Baru turut serta sebagai tenaga pengajar tambahan semasa sesi bengkel berkomputer untuk membantu usahawan kecil pertama kali memasarkan produk di Internet.

"Pasar malam bakal sepi ahli bila semua dah tera meniaga di Internet... ;) " - Azizan Jaafar, Yang Dipertua PPPMPP

PERMATANG PAUH, Ahad, 3 FEB 2013 -Sebahagian daripada hampir 200 usahawan mikro dari seluruh negeri Pulau Pinang dan juga beberapa dari Kedah menyiapkan laman web .com.my untuk perniagaan masing-masing di makmal-makmal Dewan Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seramai lebih 20 tenaga pengajar sukarelawan telah membantu menjayakan program tersebut anjuran NEF Pulau Pinang dengan kerjasama KUMUDA Bhd dan PPPMPP (Persatuan Peniaga-peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang) serta sokongan myNEF (Yayasan Usahawan Baru) dan MAJES (Persatuan Usahawan Muda Bestari Malaysia).

Bengkel GMBO BizMalaysia-myNEF di UiTM Permatang Pauh (3feb13)

 

Bengkel GMBO di PID Balik Pulau

TASEK GELUGOR, 22 FEB 2013 - Puluhan usahawan terus dibantu untuk menyiapkan laman-laman web perniagaan masing-masing di beberapa PID (Pusat Internet Desa) di Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak, dengan kerjasama myNEF (Yayasan Usahawan Baru) selaku penganjur bengkel asal asas web.  Usahawan mikro yang telah menyiapkan laman web .com.my masing-masing berpeluang untuk menyertai Cabaran GMBO BizMalaysia yang menyajikan hadiah-hadiah menarik berupa telefon pintar mudah alih berjenama Samsung dan sebagainya.  Hadiah akan disampaikan di majlis KIcK (Karnival ICT & Kreatif) peringkat negeri Pulau Pinang, di Hotel Eastin, Bayan Lepas, pada Sabtu, 23 FEB 2013. 

Selain hadiah-hadiah bagi kategori laman web tercantik dan kategori laman web paling kreatif, sebuah iPad mini juga disediakan untuk cabutan bertuah KiCK Pulau Pinang, selain dua anugerah untuk Usahawan ICT Pulau Pinang terbaik bagi dua kategori sosial dan komersial.

 

SINTOK, Khamis, 21 MAC 2013 - Seramai 22 peserta dari sekitar kampus dan luar kampus UUM (Universiti Utara Malaysia) telah menyertai bengkel GMBO BizMalaysia-myNEF yang dianjurkan bersama CEDI (Insititut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Universiti Utara Malaysia) di makmal COLGIS (Kolej Pengajian Perundangan, Kerajaan dan Antarabangsa). Sesi bengkel dikendalikan oleh pensyarah dari Pusat Komputer UUM, dengan bantuan seliaan sekretariat oleh pihak CEDI (termasuk pelajar 'intern') dan bantuan fasalitasi oleh pihak NEF & BizCS. Sijil penyertaan dikeluarkan oleh pihak CEDI-UUM dan disampaikan oleh En. Nasir mewakili pihak penganjur myNEF/NEF kepada semua peserta di dari dan lokasi yang sama.

Hadiah KIcK & Kemuncak Cabaran BizMalaysia

 

Sinergi pembangunan usahawan untuk impak maksimum - kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, koperasi, persatuan-persatuan & kelab-kelab serta yayasan berkaitan keusahawanan untuk celikkan usahawan mikro dengan ICT...

 

Team NEF & Rakan-rakan Usahasama Kempen "GMBO" BizMalaysia
Bos-bos duduk dari kiri: Ija (Ketua Penyelia PID Zon 2), Lili (Pengarah Perunding BizCS), Ena (Penyelia PID Balik Pulau), Mas (Timbalan Presiden Kelab 1CT), Nitra (PRO myNEF)
Opisboi2 berdiri dari kiri: Eddy, Nasir (Pengerusi KUMUDA merangkap Pengerusi Majlis Negeri Pulau Pinang NEF), Fithri.

 

"Jelajah BizMalaysia dengan tajaan myNEF berserta sokongan beberapa koperasi, NGO, institusi dan agensi keusahawanan sepanjang suku tahun pertama 2013, yakni empat bulan bermula JANUARI hingga APRIL 2013 adalah untuk bersemuka dengan tak kurang 4,000 individu dari seluruh Wilayah Ekonomi Koridor Utara supaya dapat menawarkan pendidikan ICT kepada sekurang-kurangnya 1,000 usahawan Bumiputera semuanya, termasuk usahawan muda atau baharu sebelum 'orang kita' boleh betul-betul 'Merdeka bersama ICT' seawal hari cuti umum 'Hari Buruh'!"

- Nasir Sobri, Ahli Majlis NEF Malaysia & Pengerusi NEF Pulau Pinang

 

PELUANG (dengan rangkaian kerjasama)
(terbuka luas, hingga ke negeri China atau ke mana-mana di seluruh benua dan semesta!)

+

USAHA (dengan ILMU dan GURU)
(bersungguh-sungguh, berdisiplin dan beramanah)

=

KEJAYAAN BERSAMA

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG

untuk Agama, Bangsa dan Negara !


Insya Allah (TAWAKKAL) !

Jom Buat D.U.I.T = Dengan Usaha, Ilmu, Tawakkal (Dunia Usahawan IT :D)

 

 

 

BizMalaysia ada sebuah Inisiatif (Kerjasama) Oleh:-

  1. BizCS - Entiti perundingan keusahawanan dengan pengalaman perniagaan hampir 20 tahun

  2. NEF - Persatuan Usahawan & Industri ICT Bumiputera Malaysia, ditubuhkan secara rasmi pada 2008, berasal dari kumpulan "New Entrepreneurs Forum" seawal 1996.

Dengan sokongan oleh myNEF (Yayasan Usahawan Baru), KUMUDA (Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd), PID Balik Pulau (Pusat Internet Desa, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia) serta beberapa badan kerajaan (SKMM, PERDA dsbnya), akademik (KK, IPKK-UUM, UiTM, UUM, USM dsbya), NGO, swasta dan koperasi.

 


 "Seseorang insan hanya boleh mencipta dua (2) perkara - Duit (supaya dapat menambah kekayaan).... atau alasan (lantaran terus hidup dalam kemiskinan)!" - Usahawan Global


 

 

 

 

 


PERSEDIAAN SEBELUM KE BENGKEL - Sila bawa :

 

  1. Sijil Pendaftaran SSM

  2. No Akaun Bank Peribadi/Perniagaan

  3. Gambar+video mengenai syarikat/produk - (masukkan ke dalam pendrive/cd)

  4. No Akaun Langanan Jalur Lebar (Internet) - bil telefon rumah/pejabat/mudah alih atau prabayar

  5. Resit Rasmi Bukti Pembayaran. - Jika telah membuat bayaran online 

    banking/bayaran di bank)

  6. Komputer Riba 'Laptop' (jika ada)

 

 JUMPA ANDA DI SANA! 

 

DAFTAR HARI INI UNTUK MENGESAHKAN TEMPAT ANDA - TERHAD, PERCUMA KEPADA 100 PESERTA SAHAJA!

Have questions about GMBO-SKMM sempena KIcK-myNEF @ Koridor Utara 2013? Contact BizCS for myNEF - Yayasan Usahawan Baru

Where



(Sekitar Koridor Utara - rujuk senarai dlm keterangan)
Wisma PKNK,
Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar, Kedah 05710
Malaysia

Organizer

BizCS for myNEF - Yayasan Usahawan Baru


www.mynef.com


MAKLUMAT ACARA:
Cik Anis - 019-3749093
Cik Ina - 019-4370147


PEMBAYARAN (jika berkaitan):
Biz Consultancy and Services
MAYBANK: 5570 8105 1729
Telefon: 012-2860304 (Pn. Lili)



Rakan Komuniti:-

Koperasi Usahawan Muda
Pulau Pinang Bhd
http://kumuda.org
http://fb.com/KUMUDA.org


&       


PPPPMPP

Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu
Pasar Malam Negeri Pulau Pinang

http://pppmpp.blogspot.com



Rakan Hos:-

PID Zon 1 & 2, KPKK


KK Bayan Baru, Sungai Petani dan Arau, KPT
kkarau.edu.my | kkspe.edu.my | kkarau.edu.my


http://www.uum.edu.my


http://penang.uitm.edu.my


 

 

 

http://www.usm.my

 

Media Rasmi:-









Teknologi Rasmi:-


Penyelesaian Web, sejak 1998



oleh WebPod Dotcom 
http://1malaysia.1oasis.net/web-hosting
http://fb.com/1oasis.net
MY: +60 16-4-1oasis
US/Global: +1 877 busy-bit
Laman web profesional semurah RM99


Diuruskan oleh:-

    

nef homepage

Persatuan Usahawan & Industri ICT Bumiputera Malaysia - P. Pinang
http://nef.org.my

http://fb.com/NEFpp

Biz Consultancy and Services
Lobi Usahawan KUMUDA
8A Kompleks Balik Pulau
(Bgn Maybank/UiTM/JPN/RELA)
Jalan Balik Pulau

11000 BALIK PULAU, PP


@


Enterprise Lab

Tkt 1, Kompleks Mayang Mall
Jalan Mayang Pasir 1
Bandar Bayan Baru
11900 BAYAN LEPAS, PP

EMEL: cs@bizmalaysia.com
FAKS: 04-8666769
MMS/WhatsApp (MAXIS): 012-3862747
MMS (CELCOM): 013-4488886
GOOGLE: bizmalaysia.com


"Think Global, Act Global! :@"

  Contact the Organizer
  News and Updates
Monday, April 8, 2013 - 2:06 PM

Taklimat & Bengkel GMBO di Pulau Pinang telah ditamatkan kelmarin, 7 APRIL 2013, dengan penyertaan seramai 150 cukup individu melalui lima (5) buah sesi antara 18 peserta hingga 47 peserta setiap sesi bermula pagi Jumaat hingga pagi Ahad.  Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Bayan Baru telah juga menerima penyertaan dari sejauh Baling Kedah hingga ke Taiping & Parit Buntar Perak, selain sekumpulan besar peniaga Uptown Bayan Baru. Majlis penutup turut disertakan taklimat padat oleh Pengarah SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) bagi Negeri Pulau Pinang.

Seterusnya, pasukan BizCS akan bergerak di seluruh Kedah, selain Perlis dan utara Perak untuk menganjurkan sesi-sesi taklimat dan bengkel, bermula dengan esok di Sungai Petani (9 APRIL 2013, 5-6:30 ptg di Lobi Swiss-Inn) dan lusa di Alor Setar (10, APRIL 8:30 - 10 mlm di Lobi Hotel Regency - berdekatan Pekan Rabu).

Harap maklumkan dan hebahkan!

 

Thursday, March 28, 2013 - 9:15 AM

Kempen BizMalaysia telah bersambung ke Perak Utara dan Kedah bermula awal MAC 2013 - setelah menjelajah Pulau Pinang sepanjang JANUARI & FEBRUARI (serta hentian sehari oleh Sekretariat myNEF di Perlis sempena Jelajah Janji Ditepati), dan hari ini, Khamis, 28 MAC 2013, taklimat GMBO akan diadakan di Kolej Komuniti Sungai Petani di Pusat Bandar Amanjaya (berdekatan Tol PLUS Sungai Petani Utara) bermula jam 11 pagi.  

Rujuk Peta Google dan sebagainya untuk panduan arah.

Monday, January 7, 2013 - 9:16 PM

Sesi Taklimat Geran GMBO & Seminar Pemasaran Online akan diadakan pada pagi Rabu, 23 JANUARI 2013 bermula jam 9:00 di Tingkat 6, Bangunan PERDA, Butterworth. Silakan daftar untuk sesi tersebut sekiranya sesi-sesi di PIHEC telah penuh, atau anda tidak dapat hadir pada hujung minggu 18-20 JAN 2013.  Sesi ini bagaimanapun BUKAN 'hands-on', tetapi peserta seminar dibolehkan untuk mendaftar ke Bengkel esklusif sehari penuh yang akan diadakan tak lama lagi, selepas menghadiri taklimat berkaitan.


Please log in or sign up

In order to purchase these tickets in installments, you'll need an Eventbrite account. Log in or sign up for a free account to continue.